Sunday, March 20, 2011

REnUNgkaNLah KAwaN2!i!i

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.


Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”


Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.






” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

P/S= jadi kawan2, janganlah kita melawan kata mak ayah kite...kalo dorg marah,dorg syg kite..dan mst ad salah yg kite wat...dorg xkn mrh kalo xd sbb...;)



” Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

P/S = jgn bermusuh antara satu sama lain...;)


” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu

siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malamketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.



” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”


orang matinya syahid wajahnya ceria dan tersenyum!


*Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

jadi kawan yg membaca, amik lah iktibar dr ap yg kita baca td.....dunia semakin hampir dgn kiamat...insaflah kawan2...dunia adalah SEMENTARA, akhirat yg KEKAL ABADI...

saya berpesan pada diri saya dan kawan2......harap ia dapat memberi kesan...Insya Allah...

Sunday, March 6, 2011

aKU KEsediHAn....:(



hai sume....(mcm ad j y bc blog aku ni...)..:(
hai aku...(sbb aku sorg j y bace...)..:)

arini aku sedih sgt....cz....aku kehilangan something yg aku syg sgt2...
huhu.....DIA dh pegi dh wan....bia la....usah ko kenangkn lagi die tu.....:(

aku rase sedih sgt...cz aku terlalu syg DIA....lama hingga memakan usia aku untuk mencari DIA,aku berbelanja DIA dgn duit usaha aku...
aku jage DIA...p akhirnya aku kehilangan gak DIA...

aku tahu sume slh aku...
kalau aku x heboh2kan kat org,mst kau ad lagikan mlm ni ngn aku.....
aku minta maaf kerana aku ko pergi dr hidup aku....
aku bukan benci dengan ko...
p dh smp mase aku rase aku jual ko...


ko la satu2nya yg memahami aku....
ko la satu2nya tmpat aku nk bermanja...
ko la satu2nya yg mengajar aku erti muzik...
ko la drum aku...
huhu...

oh sumber inspirasiku...
aku mintak maaf kerana menjual ko...
aku tahu aku bersalah...
tapi........

aku tak boleh terima kehilangan ko...
aku terlalu sayang..............sayang...

ko ingat x???
time aku mula2 dpt ko, aku jemput ko kat puchong.....
on the way nk blik kite xcident...
aku hantar ko kat s.alm dlu..tido ngn aku semalaman....
pastu baru aku hantar ko ke klang esoknya....


setiap hujung minggu aku balik, temankan ko,
main bersama ko, p hr ni..........
ko pergi tnpa mengucapkan SELAMAT TINGGAL padaku....
aku yg mengucapkan selamat tinggal padamu....

OH DRUM KU.....
kawan2 aku juga turut rasa kehilangan ko...
aku nmpak dr raut wajah dorg,dorg mb rs kesunyian....
pasni xd lg tmpt dorg nk bermain, bergurau
dengan ko....
aku sedih......
maafkan aku drum kerana aku ko pergi takkan kembali lagi...
ko akan pergi selamanya meniggalkan aku......huhu...

erhmmm......aku rase cukupla sampai disini sahaja....
aku teringatkan kau drum...

*(menangis aku time wat blog ni....)